Kadang-kadang kita lupa..

Photobucket

Jom Sama-sama zikir :-)

himpunan doa

Friday, October 24, 2014

Doa Akhir tahun dan Awal tahun Hijrah

Assalamualaikum... :')

Lupa.. kita dah nk akhir tahun hijrah 1435.. esk dah msk thn baru dh..

Haa jgn lupa bc doa akhir dan awal tahun ye.. ingat tu.. smg langkah ke kehidupan hijrah yg lbh baik... amiin2x....

Ni doanya..

SALAM MAAL HIJRAH 1436H :)
Akhirinya dgn istiqfar.. dan mulakan dgn selawat..
semoga Allah berkati kita semua ke thn bru akn dtg..

Amiin :') :')

SALAM JUMAAT ♡♡♡

Monday, October 13, 2014

Sedekah... Lakukan spt Air mengalir

Assalamualaikum...

Sedekah?? Mesti pelik je kan tajuk entry aku hr ni.. smlm kisah sedih.. hr ni plk cm islamik kn.. errr..


Sebenarnya dah lama nk taip entry tentang ilmu2 manfaat gitu.. hehe.. tp x kesempatan.. bila nk tlis je x de bahan kn..

Kali ni aku kongsi tentang sedekah dr group usrah aku. Jadi boleh la rase nk kongsi ilmu jugak..

Sedekah??

Apa manfaatnya sedekah ek? X hbs harta kita ke bg kat org .. sedngkn mrk kn blh usha..kerja ker .. apa ke .. mesti sering bermain di minda kn?

Haa korang tahu x?

Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Hmmm..Sedekah... Perihalnya.. fadhilatnya byk di ceritakan dlm surah Al -Baqarah kn? Cthnya : Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 261:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Sedekah itu salah satu perkara yg sgt manfaat utk bekalan akhirat kn? Sedekah kena lakukan spt air yg mengalir.. selalu. Walau bkn dgn harta bnda kekayaan. Sebab sedekah tu dlm bentuk pelbagai.. ada org x mampu nk sedekah harta..cukup dgn senyuman.. :)

Nk dgr x 1 kisah yg naqibah kongsi..

Baik :)

1) Ustaz Khairul Azhar
(Tuan guru pondok gajah teriak, kedah)

Beliau pernah musafir tadah kitab di Pattani, Indonesia, Madinah dan banyak lagi sejak dari usia kecil. Pelbagai cabaran yang beliau terima sepanjang tempoh tersebut.

Berkat kesungguhan, beliau mampu buka sebuah pondok tahfiz (lelaki) dan buka pula pengajian umum untuk orang ramai yang mahu belajar kitab dengannya.

Hasil kecintaan itu, tidak pernah satu sen pun beliau meminta agar ilmu yang beliau cari itu dengan memecah keringat, habiskan masa hidupnya untuk musafir mencari ilmu dan sebarkan pada orang lain.

2) Maulana Asri Yusof
(Ulama' hadis Asia Tenggara)

Sejak berumur 10 tahun beliau dihantar oleh sang ayah untuk mendalami Ilmu di India / Pakistan. Balik Malaysia selepas beberapa tahun berada di sana. Pergi lagi ke sana untuk tadah kitab lagi dan beberapa lagi negara lain untuk tadah ilmu.

umminya menangis saat sang anak berlepas pergi tetapi demi agama Allah, di relakan juga.

Hasilnya, beliau buka sebuah tempat pengajian umum untuk mereka yang mahu hafal al-quran dan belajar hadis. Pun buka pengajian umum kepada orang ramai dan tidak pernah minta satu sen pun daripada kami agar membayar semula keringat yang telah dicurahkan bertahun-tahun.

Dan ilmu yang saya berikan kepada kalian adalah dari mereka. Saya tadah ilmu dengan mereka tanpa dikenakan apa-apa bayaran, begitu juga dengan kalian. Meredah dingin pagi untuk pergi ke tempat pengajian yang dilakukan, hujan pun pergi demi sebuah ilmu.

Sebab apa? Masyarakat hanya akan terdidik dengan Ilmu. Dan saya hormat Tuan Guru saya kerana melalui mereka, saya kenal betapa indahnya Islam.

Itulah sedekah Ilmu yang paling bernilai dan tidak akan sesekali saya abaikan.

dan RCU tempat saya curahkan semula ilmu tersebut. Keringat mereka dengan penat lelah tadah ilmu di rantau orang, kita pula sekadar buka internat sudah dapat belajar.

Bersyukurlah! :)
#kakAsma

Ok la.. sedekah lah walau hnya dengan senyuman... :)

Wassalam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LetS kNoW soMeThiNg NeW