Kadang-kadang kita lupa..

Photobucket

Jom Sama-sama zikir :-)

himpunan doa

Thursday, December 27, 2012

sesuci cinta khadijah


Hakikat cinta itu sering teruji
Sering dilanda badai duniawi

Menguji kuatkah cinta di hati
Kukuhkah ikatan yang terpateri
Dia menjadi lambang cinta suci
Kekasih sejati Nabi terpuji

Tak pernah lekang dari bibir dan hati
Mulianya dia seorang serikandi
Darinya lahir putera dan puteri
Zuriat penyambung keturunan Nabi

Diberi didikan tauladan Islami
Membesar menjadi pembela diri
Darinya lahir semangat memberi
Harta dinafkah ke jalan Ilahi
Tidak pernah takut miskin diri
Tetapi bimbang miskinnya rohani
Hanya mengharap balasan syurgawi

Dia  wanita suci lagi terpuji
Dialah Khadijah lambang wanita sejati
Isteri Nabi yang paling dicintai
Juga yang paling dirindui
Tak pernah ada pengganti

Layakkah kita menjadi sepertinya?
Mencintai Rasul sepenuh hati
Tak pernah ada ragu dalam diri
Memenangkan Nabi tiada yang ditakuti

Meski tak boleh menjadi serikandi
Cukuplah sekadar  sayap kiri
Membantu perjuangan para mujahid dini
Yang merindui syahid di jalan Ilahi

Peganglah duhai muslimah sejati
Walau sedikit semangat Khadijah isteri Nabi
Moga kita mampu memujahadah diri
Bangkit membela demi cinta Ilahi
Demi mendapat syafaat Baginda Nabi
Moga Islam kan terus  dijulang tinggi 

Sunday, November 25, 2012

Untungnyer jd Hamba Allah

Assalamualaikum....

cieda nk kongsi dgn kwn2....sesuatu...

kwn2 tgk taw...

buka lgii... sama2 muhasabah diri..



in shaa Allah..kita sama2 doa agar dpt miliki syurga Allah..aminnn..

ok la...cieda nk smbung stdy lg... nanti2 cieda share lg yer..
smg dlm rahmat Allah sentiasa.. ^_^





see u soonnnnnnnnn.... ;-)

Tuesday, November 6, 2012

jangan putus asa!!


Pernahkah anda merasakan seperti anda jatuh dari bangunan, tingginya melebihi ketinggian langit di saat apa yang anda usahakan selama ini tidak membuahkan hasil? 

Pernahkah anda merasakan bahawa hidup anda tiada lagi berguna dan anda seseolah kehilangan arah tuju di saat keringat yang tertitis tidak memberikan anda apa yang anda inginkan?

Pernahkah anda merasakan hidup ini kelam, tiada yang bercahaya, hati yang sebak, titisan air mata yang tidak lagi boleh dikawal mengalir bagaikan arus sungai lajunya di saat bangunan yang anda cuba naikkan selama ini roboh dan berkecai satu persatu?

Anda terkesima. Anda terduduk. Anda rebah. Anda menangis. Pedih dan sedih di hati hanya Tuhan yang tahu.

Tiada ungkapan yang mampu dikeluarkan dari bibir. Terbayang di minda setiap peluh yang menitis untuk mencapai apa yang anda inginkan. Terbayang di minda pengorbanan yang anda telah lakukan untuk menggapai kejayaan yang anda rencanakan.

Hati tertanya. Mengapa aku gagal? Apakah usaha aku selama ini masih tidak mencukupi? Sedangkan aku mengorbankan tidur malamku, meninggalkan hiburan kegemaranku, menjauhi perkara melalaikanku, melupakan masa seronokku dan pelbagai  lagi.

Terasa dunia seseolah tidak adil. Sedangkan kawan dan yang lain, bergembira seronoknya menikmati kejayaan yang mereka capai. Senyuman melebat di hati mereka sedangkan hujan dan guruh melanda hatiku.

Sedangkan mereka, aku perhatikan, apa yang mereka lakukan tidak dapat menandingi usahaku. Umpama langit dengan bumi. Namun dengan mudah mereka menggapai bintang kejayaan di langit meninggi itu.

Gugurlah keyakinan dalam diri dan buah-buah putus asa mula menumbuh di jiwa. Hati mengeluh. Biarlah. Mungkin kejayaan bukan untuk aku.

Jangan. Jangan sesekali anda melafazkan ayat sedemikian.

Kejayaan adalah perkara yang bukan mudah untuk dicapai. Ia mempunyai peringkat-peringkat yang tersendiri, bergantung kepada setinggi mana seseorang itu ingin mencapainya.

Tidak dapat disangkal lagi, ia hanya dapat dicapai dengan tenaga yang dialirkan untuk mendapatkannya. Bukan semudah dengan hanya tarikan satu jari.

Namun, adilkah dan perlukah kita berputus asa di saat apa yang kita bina hancur sekelip mata?

Yakinilah setiap kegagalan yang kita lalui sebenarnya membawa kita ke puncak gunung kejayaan. Cuma mungkin ia memerlukan masa. Mungkin ia memerlukan tenaga yang lebih. Mungkin ia memerlukan tambahan resepi.

Anggaplah setiap kegagalan yang kita lalui hari ini umpama arang. Walaupun hitam dan keras, namun ia dapat memberi tenaga haba di saat ia dibakarkan dengan api semangat yang tiada henti agar dapat memberi anda momentum yang baru dalam melakarkan sejarah.

Cuba bermuhasabah dan cari punca daripada kegagalan tersebut.

Mungkin ada benda yang perlu diperbaiki. Dan mungkin kesalahan yang anda perlu belajar itu, haruslah diperbaiki sekarang kerana anda mungkin melakukan kesalahan tersebut di waktu muka, dan boleh mengakibatkan kegagalan yang lebih besar.

 Sesungguhnya manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan Allah itu Maha Mengetahui.

Mungkin juga kejayaan itu sengaja tidak diberikan kepada anda kerana mungkin Allah merancang kejayaan yang lebih besar kepada anda.       

Sekiranya anda berhenti berusaha sekarang, mungkin anda terlepas untuk mendapatkan kejayaan yang lebih besar itu. Maka, jangan berputus asa , bersabar dan kuatkan semangat!

Mungkin itu juga ujian Tuhan untuk menguatkan hati anda. Ingatlah, apabila kita mula melangkah ke hadapan, dugaan yang bakal kita hadapi juga makin kuat, umpama hembusan ombak  yang mengganas. Jika hati anda rapuh, maka hati anda akan hancur umpama pantai yang terhakis akibat pukulan ombak tersebut. Oleh itu, kuatkanlah hati anda.

Rancanglah kejayaan baru. Jangan biarkan emosi sedih akibat kegagalan yang melanda menguasai diri. Sekiranya anda melakukan sedemikian, ia umpama anda merancang kegagalan anda sendiri dan menunggu kegagalan yang seterusnya.

Sekiranya anda adalah seorang pelajar, teruskanlah menelaah buku dan muka surat yang seterusnya. Jangan jadikan kegagalan ini menjadikan anda jatuh. Jadikan ia sebagai pelincir untuk enjin helikopter anda supaya dapat menerbangkan anda ke tahap yang lebih tinggi.

Sekiranya anda putus cinta, usahlah bersedih lagi. Mungkin ada hikmahnya apabila anda gagal dalam bercinta. Ia bukannya petanda anda bakal membujang seumur hidup. Mungkin Allah ingin mengurniakan yang lebih baik. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Adil.

Sekiranya anda gagal dalam pergaulan dengan rakan-rakan, jangan biarkan kesedihan menyelubungi diri. Kaji mengapa anda gagal dan belajar cara-cara pergaulan yang baik. Jangan berputus asa. Atau anda mungkin berseorangan seumur hidup.

Usahlah menangis lagi. Kesatlah air mata yang mengalir. Dan teruskan berusaha!

Tuesday, October 16, 2012

KADANG KALA & KADANG KALA


Ku hulurkan doa penenang hati, sesungguhnya hanya Dia yang memahami... dengan harapan agar ketabahan semakin utuh untuk melalui kehidupan yang semakin menyeksa jiwa. Sebuah kekuatan kuharapkan, sebuah kasih sayang yang ikhlas, sebuah kehidupan yang lebih baik dan indah dalam agama-Nya... sedikit demi sedikit ku pinta agar hati lebih berdaya untuk melawan arus duri yang terpaksa ku pijak 

Dalam melalui kehidupan yang sudah tertulis, kesedihan dan kegembiraan pasti terukir. Kadang kala merasa kehidupan ini begitu bermakna dan penuh kebahagiaan... segalanya seperti selamanya.. sehingga lupa akan kembali pada-Nya.Kadang kala merasakan kehidupan ini penuh indah, dengan adanya insan sekeliling yang sentiasa memahami dan memberi sepenuh perhatian... Kadang kala kehidupan ini dirasakan penuh derita, setiap hari luka.. kegembiraan cuma sedikit untuk menutupi wajah yang luka. Ingin mulut berbicara, namun tiada yang mendengar , ingin tangan menggapai, tapi tiada siapa yang mencapai. Kadang hidup merasa tiada erti... seperti segalanya tidak bermakna, seolah-olah sesat dalam mimpi buruk diri sendiri, ingin lari tapi tiada daya, ingin mencari erti namun tiada sampai. Kadang kala ada yang ingin kehidupan ini seperti dalam mimpi, yang indah dengan kebahagiaan yang diimpi-impi..

namun setelah mata terbuka, segalanya pudar kembali duka. Ingin lena selamanya.. namun pasti akan ada yang mengejutkan dari lena indahnya... Kadang kala hidup terasa tertekan, dengan jalan yang bukan kehendak kita, setiap saat diatur oleh insan bernama manusia. Kadang kala merasa ingin hidup di dunia baru, yang tiada seorang pun yang mengenal diri, untuk memulakan sesuatu yang baru... nafas baru dan semangat baru.

Begitulah kadang kala tentang kehidupan, punya cara tersendiri dan nilai sendiri dalam diri tiap-tiap manusia, kehidupan dunia yang tiada kekal, ternyata semuanya dusta. Namun itulah hakikatnya sebuah kehidupan bermacam agenda, tidak ada siapa dapat lari darinya kerana semua sudah dirancang. Kita hanya merancang dan Allah juga merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang. Ku pegang kata-kata ini agar terus mendidik diri menjadi insan yang tawakal dalam usaha. tapi jauh disudut hati sebuah harapan tinggi yang disimpan dalam tiap impian.

Dalam pelbagai kadang yang dilalui dalam kehidupan, kadang kala kehidupan yang dilalui seperti di dalam kandang. Tersepit tanpa pilihan sendiri. Kandang yang tidak mampu untuk diruntuhkan. mungkin kerana belum cukup keberanian, mungkin kerana tidak ada pilihan. Begitulah diri yang masih belum cukup mampu untuk lari dari tekanan kehidupan, terpaksa akur dengan segala yang ditentukan manusia. Hidup dalam suasana yang lain dari diri sendiri sangat sakit, seolah-olah segala tingkah dalam genggaman manusia, Hingga segala amal dan ibadah susah untuk dilaksanakan. Hati merintih duka , saat segalanya menjadi sukar sekalipun dua rakaat solat. Kadang kala ada hati merintih mengapa harus hidup dalam suasana sebegini, yang penuh kejahilan, yang disekelilingnya cuma dunia...

Betapa sakit pun kehidupan yang dilalui, diri harus tabah, yang merasa hidup penuh derita yakinlah suatu saat pastu datangnya kebahagiaan, kumpulkan kesabaran insya'allah datangnya kebahagiaan. yang kadang merasa kehidupan ini mimpi, smpaikanlah mimpi itu dalam doa..insya'allah diberi ketenangan dan kegembiraan nyata. yang merasa kehidupan ini sentiasa dalam tekanan, jadikan tekanan itu suatu kebiasaan dan suatu ujian yang mesti ditempuh untuk menduduki syurga Allah, iaitu kehidupan yang pasti kekal. Dan yang merasakan kehidupandiri dicengkam oleh manusia, bersabarlah.. yakinlah bahawa Allah telah mengaturkan segalanya penuh hikmah, segala kesedihan dan kesusahan pasti dibalas dengan kegembiraan dan kesenangan jika segalanya dilalui dengan iman...pasti suatu hari akan lepas dari kandang yang penuh kesengsaraan.. ~ 

Thursday, September 27, 2012

ReNuNg-ReNuNgKaN beRsAmA...

»» Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari daripada kita dengan hujan yang lebat.

Kita tertanya-tanya, apa salah kita sehingga disembunyikan daripada suria yang cantik itu. Setelah kesedihan, hujan berhenti,

Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan pelangi yang indah kepada kita.

»» Inginkan mutiara, selamilah lautan..

... Inginkan bahagia, tempuhilah penderitaan...

Inginkan kejayaan, relailah pengorbanan..

Dan ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1000 kemanisan..♥


Friday, June 22, 2012

Adakala.......

Adakala ..
kita terlupa ..
betapa indahnya dunia ini ..
tapi...
semuanya hanya sementara ..

Adakala ..
kita mengeluh ..
betapa tawarnya makanan ini
tapi...
ianya tetap rezeki ..
dari-NYA

Adakala ..
kita marah ..
terlalu panas di luar sana..
mengharapkan hujan membasahi bumi ..
tapi...
di akhirat nanti??

Adakala ..
kita bersyukur
tapi....
 kerap terlupa ...

Adakala..
kita sering bergembira
tapi...
gembira itu tidak berpanjangan..

Adakala...
kita kecewa bila gagal dlm hidup
tapi..
pernah tak fikir..
perancangan Allah lebih baik..

Adakala..
kita menangis..bila masalah mendatang..
tapi..
pernah tak fikir..
ada lagi mereka yg alami mslh lg besar..

Adakala..
kita terasa hati dengan orang sekeliling kita..
tapi..
tahu tak??
merekalah yang membuat kita tersenyum..
saat kita sedang bersedih..

kawan2....
berapa byk adakala itu...
hilangkanlah ia..
dari terus menghantui kita..

sebab...
Allah selalu bersama kita..

Adakala..
setiap ujian itu 
mengajar kita ..
lebih berdikari..
lebih matang..
lebih berfikir..
lebih baik..
lebih beriman..
lebih kuat..
lebih semuanya..


jangan bersedih...
jangan hiba..
jangan kecewa..
jangan berduka..
jangan menangis..


sebab..
ketentuan Allah itu..
lebih baik dari yang kita sangka..

jadilah...
wanita yang kuat...
wanita yang sabar..
wanita yang baik..
wanita yang mulia..
untuk meraih keberkatan Allah..
dunia dan akhirat...

" Ya Allah .Ampuni dosaku , berilah rahmat, kekuatan, kesabaran, keimanan kepadaku , tunjukkanlah aku ( jalan yang benar ), jalan yang diredhaiMu, cukupkanlah aku, selamatkanlah aku ( dari musibah) , berilah aku rezeki (yang halal) ,jadilah aku wanita, anak, pelajar dan isteri yang baik dunia akhirat dan angkatlah darjat-ku dalam kalangan mereka yang beriman" Amin..











Thursday, May 24, 2012

1 Malam bersama ustz.Fatimah Syarha


Assalamualaikum w.b.t…
Pew khbar para pembca blog ku smua??? Hrp2 baik2 sllu..syg kmu smua.. hehehe… hmmm.. hr nie..ak penuhkan entry blogku dgn perkongsian program bersama Fatimah syarha..hehe..kmu smua knl x sapew Fatimah syarha???? X knl eh? Hmm..mst x ikut perkembgan kannnn9?? Hikhik,,saje jew..jgn ambil hti plak.. ;-)Program nie sbnrnya dh lma.. sjew nk berkongsi.. agr kngan n ilmu yg dpt trus di ingati… kan kwn2??
Program nie berlangsung 12 mei yg lalu.. kat pusat islam UUM.. ala..dkt jew dgn dpp aku.. x ltih pun jln..hehe.. sje nk ckp pergi pst islam jln kaki.. minta simpati laa konon..hakhak..
 
kat tempat nie program tu...cntik x???
Ok2.. hmm..program tu aku jd bendahari.. hehee..ape je aku buat..hihihi..smua keje senang.. x dpt nk cta b4 pgrm sgt2 kalut.. baget yg x cukup..paperwrk yg blom lulus.. assignment x ciap.. semua la… tp sbb kami semua sbr.. Alhamdulillah akhirnya bjaya jg program tu berlangsung… hmmmm… n dpt jg saksikan ustzah dgn jrak yg dekat..
 btul  kan??

 insyaAllah ad hikmahnya..
Kawan2 nk tahu x.. ustazah tu cntik sgt.. indah kan ciptaan Allah.. mnjdikan manusia lengkap yg x de cacat cela.. sape tgk ustzah tu..mst terpesona..  ustzah tyu dtg dgn husbandnya..hemsem gk.. untung bdn..hihik...tp tu la.. kita pun cntik sbb kita jg di ciptakan oleh Allah.. hmmmm…jd jgn rendah diri kata kita x cntikk…. Sbb sbnrnya di mata Allah semua hambanya cntik..Cuma yg mbezakan kita adalah cara kita menghiasi akhlak dan peribadi kita.. 
 ustzah fatimah syarha..

 bersama koleksi buku..
 bersama ank dan suami..
 with husbandnya..
 Ya Allah..aku jtuh cinta dgn akhlak dan keperibadiannya yg baik...jdilah aku spt nya..yg solehah di sisimu..amin..
Okey2..aku nk cta mlm hr kjdian.. tauu x ape aku buat??? Hmmm..mst la blom thu sbb blom crta kan..hikhikhik.. sje jew melawak..hujan2 nie… mlm tu dapat tgk kjap  je ustzah ceramah..:-( sbb terlalu ramai peserta yg join.. terpaksa la dk kat luar.. tp x pe..niat krn Allah mst dpt pahala....kan2??
Mlm tu aku jaga buku..ooooppppssss…. jual buku..hehe..slh tulis.. jual air jg… tp pd ms yg sama aku jg kuat minum air..hakhak..jgn mrh taw ajk lain.. sbbnya air tu kurang laku..hiikhik.. jd pe lagi..bedal laa… hmmmm… crta sal buku.. Korong tahu x.. ustzah tu penulis tawww… byk buku novel yg tlah di terbitkan.. tp aku x bc pom… I don’t like novel! Hehe..bga x aku??? Hehe..bgs la sgt… sbnrnya bgs bc novel..tingkatkan pmhaman utk dpt A bm… Utk zaman2 sek la…hakhak..skrg zaman U.. sesuai x yew??? Fkir sendiri laa….hikhik.. yg pasti aku memeng x suka novel… movie je suka…
novel....
Alamakkkkk….. aku da lari topic kew???? X kan..hihi..khusyuk dk cta sala buku… haa…sambung lg… mlm tu program tu habs lwt.. kol 12 lbh kot.. hmmm..sgt pnat… blik2 tido… mlm tu dpt mkn nsik lemak ayam free.. tu yg best….
lebih kurang cm nie kot..hikhik.. yummmy..
1 lg yg penting….. kami sempat bergambar dgn ustzah… kamu2 ada???? X de kan? So,jgn jealous!! Hikhik.. xpe2..yg x de gmbr dgn ustzah tu..tgk jew pic kami..hehehe(jgn mrh)



 sempat posing lg...hehe

 menulis la konon..sbnrnya tgh posing tu..=p

 sign jgn x sign... sampai x prsan ad org snap pic..hukhuk..

pasukan nasyid UUM..HEHE.. terbaekkkkk laa..
Hmm… tp sbnrnya sdh jgk taw..sbb b4 event aku pnt2 design name tag utk ajk pakai time program..tp last2 x nk guna..sdh hati.. pnt berjg sampai pg nk siapkan jg..:-(.. haaaaaahhhhhhhh!!! hmm.. tp x pela.. huhu..
 cntik gk la kan?? hehe.. tp x pela..diorg x sempat print..
jd mlm tu x pakai name tag ajk..

 ok la.. stkat nie dlu perkongsian ku.. nt2 ad ms aku kongsi lg eh…. Oklaa… c u… eeemmmmmuuuuuaaahhhh!!! ;-) 
ya Allah..jdilah aku wanita solehah..
yg hidup dan mati hanya utkMu. amin..
Wsalam.. fi amanillah:-)

Tuesday, May 22, 2012

serba sedikit tentang bulan Rejab


Assalamualaikum...slmt pg!
kejab je kan ms berlalu.. skrg dah msk bln rejab..hmmm... Hari nie insyaAllah..aku berpuasa sunat.. hari ni aku nk berkongsi dgn semua tentang fadhilat bulan rejab.. w/pun mgkin ada yg dah thu..kan?? xpew.. kongsi ilmu x rugi..tp org yg kdkut ilmu yg rugi. btul x??.hehehhe...okey2...
 Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya
Rasullullah s.a.w. bersabda;
v  “Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”
v   “Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”
v   “Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”
v   “Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”
v   “Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”
v   “Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”
v   “Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”
v   “Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”
v   “Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”
v   “Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”
v   “Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”
v   “Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”
v   “Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”
v   “Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”
v   “Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”
v   “Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”
DOA BULAN REJAB:
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."
ISTIGHFAR PALING BAIK DALAM BULAN REJAB:
Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

*oleh itu, knpa tidak kita ambil peluang ini untuk memenuhi hidup kita dengan meningkatkan amal ibadah kita kpd Allah.. sbb kita tak tahu bila kita akn di jemputnya.. smg kita semua dalam lindungan dan rahmat Allah hendakNya.amin..
kpd yg turut berpuasa...slmt berpuasa ;-D...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LetS kNoW soMeThiNg NeW